Pakej Fotografi Ipoh 2018

Alhamdulillah, baru la rasa nak update blog ni yang rasanya dah sekian lama tak update dengan gambar-gambar dari client kan.

Nak buat macam mana, job pun bukan banyak sangat macam orang lain. Suam-suam kuku la katakan di samping sibuk juga dengan kerja hakiki di pejabat.

Untuk tahun 2018 ni, Pakej Fotografi dari Fotocinta, memang tiada apa-apa perubahan sejak 3 tahun lepas. Jadi jangan risau, harga masih lagi sama seperti 3 tahun lepas.

Saya fokus kepada Wedding Photography sahaja ye. Mungkin boleh saya shoot untuk event korporat dan juga personal photoshoot kalau ada yang berminat.

Jadi jangan segan nak contact saya melalui contact form ataupun boleh Whatsapp sahaja saya di talian yang tertera tu.

Like juga page Fotocinta untuk dapatkan info promosi ke atau banyak lagi update tentang Fotografi Perkahwinan ye!

fotografi-perkahwinan-outdoor

Memori Perkahwinan Ismail & Wani – Taiping

Pasangan cantik manis berikutnya adalah Wani dan juga Ismail yang berlangsung di Changkat Ibol, Taiping. Alhamdulillah walaupun cuaca agak kurang baik sewaktu majlis berlangsung, segalanya telah sempurna.

Majlis yang diadakan dalam suasana kampung ini amat meriah dengan kehadiran penduduk setempat yagn memeriahkan majlis perkahwinan yang gilang gemilang ini. Majlis ini juga diadakan serentak dengan majlis perkahwinan abang kepada pengantin perempuan.

Mari kita lihat beberapa gambar menarik yang yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.

fotografi-perkahwinan-kuala-kangsar Continue reading