Mohd Nizom Shah & Siti Rapizah Wedding Day – Johor Bahru

Majlis Perkahwinan pada kali ini adalah bagi pasangan Mohd Nizom Shah dan juga Siti Rapizah yang mana ianya berlangsung di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru. Pertama kali rasanya shoot pengantin di Johor, so ada beberapa pengalaman yang jarang sekali dialami..Biasalah kan, mesti ada tol sebelum nak ke pelamin. :D

Alhamdulillah, kedua pasangan pengantin telah selamat diijabkabulkan selepas Asar pada 17 November 2012 di rumah pengantin perempuan dan majlisnya berlangsung pada keesokan harinya. Jom sama-sama kita lihat beberapa gambar preview bagi kedua pasangan ini.

ipoh wedding photographer

pakej fotografi perkahwinan perak

pakej fotografi perkahwinan ipoh

Bagi mereka yang nak tengok Pakej Fotografi Perkahwinan yang ada di blog ini, boleh terus ke page Contact dan isikan borang tersebut dan jangan lupa untuk save kan date anda cepat-cepat, sebab nanti anda tidak dapat lagi Wedding Photographer yang anda inginkan itu.

Shahir & Muna Wedding Day – Ipoh

Alhamdulillah, pada 7 dan 8 Julai yang lalu telah selamat diadakan majlis perkahwinan kedua pasangan ini. Saya telah dipilih sebagai photographer mereka pada hari gilang-gemilang mereka. Walaupun agak sedikit kekok pada mulanya, namun lama kelamaan mereka nampak selesa dengan pose-pose yang dibuat oleh saya.

Apa pun ucapan terima kasih kepada Shahir dan Muna kerana memberikan kerjasama yang baik menjayakan sesi fotografi mereka. Walaupun sesi outdoor pada hari kedua tu nampak macam nak tergendala, tetapi alhamdulillah, cuaca hujan pada masa tu reda nampaknya.

Apa pun bagi mereka yang nak menempah atau mencari wedding photographer bagi tarikh wedding mereka tu bolehlah berbuat demikian iaitu hubungi kami melalui Contact Form di atas. Jangan malu jangan segan untuk bertanyakan apa sahaja yang musykil di fikiran.

Jangan lupa juga bagi sesiapa yang menempah sebelum Hari Raya Aidilfitri ini anda layak untuk dapat kupon RM100 diskaun bagi pakej yang telah dinyatakan sebelum ini. Jom tengok kat sini apa Promosi tu ye?

Pada post akan datang, saya akan upload beberapa gambar untuk custom album Shahir dan Muna ini ye..