-Majlis Perkahwinan Taufiq dan Azie selamat dilangsungkan di Chemor, Perak yang mana Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut amat baik walaupun pada waktu itu adalah musim hujan. Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai, semoga dapat hidup dengan rukun dan damai hendaknya.Berikut merupakan antara gambar-gambar yang telah diedit untuk tatapan semua ye.
Tag Archives: Perak
Outing Perak Arts Festival 2012 Anjuran Lensa Perak & Ipoh Photographer & Talent
Outing kali ni diadakan sempena event di Dataran Ipoh iaitu Perak Arts Festival yang diadakan pada 16 September 2012. Acara ini merupakan acara sampingan sebenarnya yang dibuat oleh mereka. So aku pun takde buat ape hari ni..so outing la untuk memenuhi masa lapang dan memenuhkan memori kad ni kan dan berjumpa kawan-kawan photographer lain.
So berikut merupakan gambar-gambar talent yang sempat diambil pada outing kali ni.Walaupun talentnya cuma 2 orang, tapi takpe lah..aku sebenarnya sekadar nak memeriahkan event kawan-kawan yang ada..:D Mungkin agak tak best pada mulanya disebabkan hujan yang turun pada awal pagi..
Untuk Pakej Fotografi Perkahwinan yang baru, akan diupload pada 1 Oktober nanti..jadi bagi yang nak menempah Pakej Fotografi tu..jangan la lambat-lambat..sebabnya harga yang ada sekarang korang takkan nampak lagi dah..kesemua pakej akan bertukar harga..:D Jadi kalau nak harga sekarang..cepatlah tempah untuk masa depan yang lebih cerah..hehhe..:D
Siapa yang ada di Ipoh tu, boleh la dapatkan pakej ni cepat ye..sekitar Ipoh pun boleh..takde masalah..Photographer Ipoh ni memang ramai..tapi adakah semuanya available? Itu kenalah tempah cepat kan? Jadi cuba korang try contact aku tengok kot tarikh korang tu masih available untuk dapat pakej yang harga murah ni??
Outing Pra Raya Anjuran Ipoh Photographer & Talent 2012
Pagi tadi aku sempat untuk join satu outing yang bertemakan Hari Raya 2012 yang mana mungkin kebanyakan photographer akan cuti panjang sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Event dijangkakan dimulakan pada pukul 8 lebih, tapi biasanya outing memang jarang sekali aku tgk mula tepat masanya..:D
Ok, ini disajikan kat korang beberapa gambar hasil dari Outing berkenaan ye. Telah berjaya menuntut sedikit ilmu dari beberapa sifu-sifu di Perak ini dan berjaya juga mendapatkan gambar yang diinginkan, walau menggunakan peralatan yang agak terhad..Jom tengok..:D
Terima kasih diucapkan kepada Ipoh Photographer & Talent kerana sudi menganjurkan Outing Pra Raya kali ni kerana memang best dan lengkap dengan makan dan minum lagi..waah..first time rasanya ada pihak penganjur siap sediakan makan minum dan juga cabutan bertuah..:D














