Fotografi-Perkahwinan-Perak

Memori Perkahwinan Ghani & Sue

Lama juga tak update blog Fotografi Perkahwinan ni, maklumlah sibuk dengan pelbagai kerja lain, sebabnya ada banyak blog lain juga. Apa pun, album untuk kali ini adalah bagi pasangan Ghani & Sue yang berlangsung di Pusat Infoternak Sg Siput (U), Perak.

Majlis memang meriah sekali, maklumlah keluarga beliau juga menyediakan perkhidmatan katering kepada mereka yang berminat untuk menempah, Restoran Ghulam Rasul daripada Teluk Intan didatangkan khas untuk menjamu para hadirin yang hadir pada hari tersebut.

Saya difahamkan, akad nikah sebenarnya sudah 3 bulan selesai dan majlis di pihak perempuan pun sudah selesai. Jadi jom kita tengok gambar-gambar menarik mereka.
Fotografi-Perkahwinan-Perak

Continue reading

Fotografi Perkahwinan Tapah

Memori Perkahwinan Afiq & Shuhaila

Majlis di antara Afiq dan Shuhaila ini berlangsung di Tapah, Perak yang mana ini merupakan client saya yang terakhir sekali dalam tahun 2014. Pengantin yang terakhir inilah bagi saya merupakan moment yang paling saya tak dapat lupakan sama sekali.

Selain daripada ahli keluarganya yang begitu mesra dan baik hati, respon daripada pengantin pun sangatlah baik. Feedback yang diberikan kepada kami sangatlah positif dan saya pun dapat merakam detik-detik bahagia mereka dengan sempurna.

Paling tak dapat dilupakan adalah lokasi outdoor di Cameron Highland yang rasanya tak semua wedding photographer dapat. Tempat yang memang menjadi larangan bagi sesiapa pun untuk masuk, tapi kami dapat masuk dengan kebenaran. Lebih kurang 2 jam merakam detik-detik manis mereka di Cameron Highland dan juga suasana yang cukup cantik disitu membuatkan kami berada di luar negara rasanya…

Apa pun mari kita lihat keseluruhan album ini yang mana pengantin memilih pakej Custom Album 10×15 dan juga video wedding. Kalau nak tengok videonya, korang boleh saksikannya pada post yang akan datang, jangan risau..:D

Fotografi Perkahwinan Tapah

Continue reading

Pakej Fotografi Perkahwinan Perak

Majlis Perkahwinan Munirah & Khairul

Baru berkesempatan nak update blog ni setelah rehat lama juga selama sebulan. Baru je selesai kita beraya dan insyallah bulan depan akan mulakan tugas semula sebagai Wedding Photographer ataupun Jurufoto Perkahwinan Ipoh ni.

Majlis kali ini pula adalah bagi pasangan Munirah dan Khairul. Munirah tu saya kenal sewaktu dia praktikal di pejabat saya. Sekarang ni dah jadi cikgu dah, mengajar di MRSM.

Kalau tengok gambar, memang meriah sungguh wedding dia pada hari tu. Apa yang paling menarik sekali sebenarnya adalah kehadiran PU Yeop yang merupakan salah seorang saudara kepada Munirah ni. Oho..memang tak lepaskan peluang la nak bergambar ‘nyeghongen’ bersama PU Yeop ni..hehe..

Ok, ini merupakan album mereka yang telah pun siap dan selamat dihantar kepada mereka. Alhamdulillah, setakat ini semuanya puas hati dengan hasil kerja daripada Fotocinta.com

Pakej Fotografi Perkahwinan Perak Continue reading