fotografi perkahwinan manjung

Memori Perkahwinan Mai & Adib – Manjung

Kali ini merupakan album bagi pasangan Mai dan Adib. Masih lagi dalam musim panas. Memang terasa bahangnya kerana majlis diadakan di Manjung, dekat pula dengan laut, jadi memang terasa sangat bahangnya pada ketika itu walaupun hujan turun sekejap-sekejap.

Walaupun begitu, majlis dapat diadakan dengan lancar dan album pasangan ini pun telah selamat dihantar dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Memang indah sebenarnya kawasan di sekitar jeti dan berlatar belakangkan kapal perang TLDM pada masa tu. Cuma saya tak berpeluang nak shoot outdoor di atas kapal, mungkin kos nak naik tu pun agak tinggi, cuaca pula sangatlah panas, jadi kami membuat keputusan shoot sahaja di sekitar jeti pada masa itu.

fotografi perkahwinan manjung Continue reading

Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan 2016

Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan 2016

Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan 2016

Kepada mereka yang masih tercari-cari photographer untuk majlis perkahwinan, ini ada satu berita baik, sempena hujung tahun ini saya ingin memberikan pakej promosi sempena hujung tahun 2015 ini kerana pada tahun 2016, pakej akan berubah sama sekali.

Anda boleh menempah untuk tarikh yang akan datang pada tahun 2016 dengan pakej PROMOSI INI!!!

-Terhad kepada 10 pengantin terawal
-Tawaran tamat pada 31 Disember 2015

Hubungi saya sekarang di Fotocinta.com atau Whatsapp pada nombor yang tertera di atas.

Fotografi Perkahwinan Ipoh

Majlis Bertandang Zul & Asz

Sampai pula ke majlis bertandang bagi pasangan Asz dan Zul. Jika pada post sebelum ini merupakan gambar-gambar sekitar majlis akad nikah dan resepsi. Pasangan ini menempah untuk pakej untuk bertandang sekali.

Berapakah total keseluruhan pakej, bolehlah contact saya menerusi contact form ataupun melalui nombor telefon yang tertera. Digalakkan untuk Whatsapp sahaja supaya mudah untuk saya send pakej fotografi perkahwinan yang ada.

Dah tak rasa segan dah, pengantin rasa lebih yakin dan selesa apabila berposing depan kamera. Itu yang rasa paling best bagi seorang wedding photographer. Banyak shot shot menarik dapat ditangkap untuk kenangan mereka berdua.

Majlis bertandang yang diadakan pada 14 September 2014 di Taman Perpaduan, Ipoh ini amatlah bermakna bagi keluarga beliau seluruhnya. Semoga pasangan ini sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah serta kesejahteraan di dunia dan akhirat bersama.

Fotografi Perkahwinan Ipoh Continue reading