pakej fotografi perkahwinan kuala kangsar

Memori Perkahwinan Amar & Atiqah

Sudah agak lama saya tak update blog ini disebabkan kesibukan untuk menyiapkan album-album customer, saya cuba juga untuk update beberapa pasangan pengantin pada kali ini. Kali ini kita lihat contoh gambar bagi pasangan Amar dan Atiqah yang diadakan di Kuala Kangsar, Bandar DiRaja.

Alhamdulillah, semua album dan pakej fotografi perkahwinan yang telah ditempah, telah pun selamat dihantar dalam masa yang ditetapkan. Cuma cuaca pada masa sesi fotografi ini diadakan adalah amat panas sekali. Pukul 6 petang pun keadaan masih lagi terik dan agak sukar untuk mendapatkan gambar yang agak baik dari segi warna.

fotografi perkahwinan kuala kangsar Continue reading

Fotografi-Perkahwinan-Perak

Memori Perkahwinan Ghani & Sue

Lama juga tak update blog Fotografi Perkahwinan ni, maklumlah sibuk dengan pelbagai kerja lain, sebabnya ada banyak blog lain juga. Apa pun, album untuk kali ini adalah bagi pasangan Ghani & Sue yang berlangsung di Pusat Infoternak Sg Siput (U), Perak.

Majlis memang meriah sekali, maklumlah keluarga beliau juga menyediakan perkhidmatan katering kepada mereka yang berminat untuk menempah, Restoran Ghulam Rasul daripada Teluk Intan didatangkan khas untuk menjamu para hadirin yang hadir pada hari tersebut.

Saya difahamkan, akad nikah sebenarnya sudah 3 bulan selesai dan majlis di pihak perempuan pun sudah selesai. Jadi jom kita tengok gambar-gambar menarik mereka.
Fotografi-Perkahwinan-Perak

Continue reading

Fotografi Perkahwinan Tapah

Memori Perkahwinan Afiq & Shuhaila

Majlis di antara Afiq dan Shuhaila ini berlangsung di Tapah, Perak yang mana ini merupakan client saya yang terakhir sekali dalam tahun 2014. Pengantin yang terakhir inilah bagi saya merupakan moment yang paling saya tak dapat lupakan sama sekali.

Selain daripada ahli keluarganya yang begitu mesra dan baik hati, respon daripada pengantin pun sangatlah baik. Feedback yang diberikan kepada kami sangatlah positif dan saya pun dapat merakam detik-detik bahagia mereka dengan sempurna.

Paling tak dapat dilupakan adalah lokasi outdoor di Cameron Highland yang rasanya tak semua wedding photographer dapat. Tempat yang memang menjadi larangan bagi sesiapa pun untuk masuk, tapi kami dapat masuk dengan kebenaran. Lebih kurang 2 jam merakam detik-detik manis mereka di Cameron Highland dan juga suasana yang cukup cantik disitu membuatkan kami berada di luar negara rasanya…

Apa pun mari kita lihat keseluruhan album ini yang mana pengantin memilih pakej Custom Album 10×15 dan juga video wedding. Kalau nak tengok videonya, korang boleh saksikannya pada post yang akan datang, jangan risau..:D

Fotografi Perkahwinan Tapah

Continue reading