fotografi perkahwinan manjung

Memori Perkahwinan Mai & Adib – Manjung

Kali ini merupakan album bagi pasangan Mai dan Adib. Masih lagi dalam musim panas. Memang terasa bahangnya kerana majlis diadakan di Manjung, dekat pula dengan laut, jadi memang terasa sangat bahangnya pada ketika itu walaupun hujan turun sekejap-sekejap.

Walaupun begitu, majlis dapat diadakan dengan lancar dan album pasangan ini pun telah selamat dihantar dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Memang indah sebenarnya kawasan di sekitar jeti dan berlatar belakangkan kapal perang TLDM pada masa tu. Cuma saya tak berpeluang nak shoot outdoor di atas kapal, mungkin kos nak naik tu pun agak tinggi, cuaca pula sangatlah panas, jadi kami membuat keputusan shoot sahaja di sekitar jeti pada masa itu.

fotografi perkahwinan manjung Continue reading

Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan

Memori Bahagia Iema & Haniff

Majlis seterusnya adalah bagi pasangan Iema dan Haniff yang mana majlis telah diadakan di Parit, Perak pada 21 dan 22 Mac 2014. Suasana pada majlis tu memang meriah, walaupun tak banyak gambar yang mampu diletakkan disini, tetapi lihat sendiri akan kemeriahan dan juga betapa gembiranya mereka menyambut orang baru dalam keluarga mereka.

Pakej Fotografi Perkahwinan 2014 Continue reading

Majlis Perkahwinan Ridzuan & Ain – Chepor

Musim cuti sekolah rasanya memang ramai yang planning untuk buat majlis kenduri kahwin. Mana taknya pada masa tu lah banyak juga photographer wedding yang bertugas. Biasanya kalau majlis di hujung tahun ni, memang kena booking awal photographer kalau nak hire photographer-photographer ni sebab kebanyakannya memang akan full date untuk hujung tahun.

Biasanya tempoh tempahan 6-12 bulan sebelum majlis..Itu adalah biasa sebenarnya. Kalau ada yang last minit baru nak cari wedding photographer yang korang nak, rasanya sudah terlambat, kalau ada pun mungkin main tangkap muat atau sekadarnya je dan korang tak sempat nak tengok hasil kerjanya pun.

Ok, malas nak celoteh panjang, sudah lama tak update blog ini, sebab sibuk dengan urusan lain selain daripada editing album wedding yang menunggu untuk disiapkan. Album takde lagi customer merungut atau tak dapat, semuanya selamat sampai deliver dalam masa yang ditetapkan.

Fotografi perkahwinan kali ini adalah untuk pasangan Ridzuan & Ain yang berlangsung pada 13-14 Disember 2013 yang lalu. Lama dah tu rasanya. Ini merupakan client terakhir saya pada tahun 2013 dan albumnya dah selamat saya deliver semalam. Lama dah siap sebenarnya, sebab client tersebut lost contact tetibe dan saya pun masa tu dalam proses pindah rumah. So agak lambat la juga dari jadual. Apa pun client puas hati dengan hasil kerja Fotocinta dan diharapkan ramai lagi pasangan pengantin yang merancang untuk mendapatkan Pakej Fotografi Perkahwinan untuk majlis mereka, boleh hubungi saya untuk dapatkan quotation.

Jom kita tengok layout custom album dan juga keseluruhan majlis bagi pasangan Ridzuan & Ain ini. Saiz custom album adalah 8×12 inci.

Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Continue reading