Pakej Fotografi Perkahwinan Perak

Memori Perkahwinan Asz & Zul

Meriah. Memang itulah sahaja ungkapan yang boleh diucapkan oleh saya sepanjang saya menghadiri majlis perkahwinan mereka. Bermula sejak akad nikah, sehinggalah ke majlis bertandang untuk majlis mereka.

Senda gurau pengantin, dan juga keramahan keluarga kedua belah pihak membuatkan saya berasa senang hati untuk berada bersama mereka merakam detik-detik bahagian pasangan Asz dan Zul yang berlangsung di Ipoh pada 12 dan 13 September 2014 yang lalu.

Album mereka telah pun selamat dihantar dan alhamdulillah mereka berpuas hati dengan hasil kerja Fotocinta. Diharapkan dapatlah mempromosikan Fotocinta pada kawan-kawan yang lain juga ye? 😀

Apa kata kita lihat sejenak keseluruhan album mereka. Ini merupakan layout custom album yang telah dipilih oleh pasangan ini. Senyuman dan kemesraan mereka jelas terukir semasa hari bahagia mereka berdua.Majlis Perkahwinan Asz dan Zul

Continue reading

pakej-fotografi-perkahwinan-melayu

Memori Perkahwinan Izana & Afzal

Nampak macam lama juga blog ni tak diupdate bukan? Kesibukan nak siapkan album customer-customer dan juga kerja-kerja lain membuatkan lama juga tak update blog ni.Ok..pasangan pengantin seterusnya adalah pasangan Izana dan Afzal.

Majlis yang diadakan selama sehari ini diadakan di Alor Setar, Kedah. Kali pertama saya buat job wedding fotografi ni di negeri Kedah Darul Aman. Lokasi outdoor yang telah dijalankan adalah di sekitar Masjid Al-Bukhari, Alor Setar. Memang sebuah masjid yang indah dan mempunyai suasana landskap yang menarik.

Alhamdulillah, majlis telah sempurna diadakan di Alor Setar tanpa sebarang masalah. Diharapkan pasangan Izana dan Afzal berbahagia hingga ke syurga hendaknya.

Berikut merupakan antara gambar-gambar sewaktu sesi outdoor. Banyak lagi sebenarnya gambar, tapi nak upload semua nanti, tak larat nak tengok plak kan? 😀pakej-fotografi-perkahwinan pakej-fotografi-perkahwinan-alor-setar

Continue reading

Fotografi-Perkahwinan-Perak

Hidayah & Azrin – Chemor

Pasangan pengantin bagi kali ini adalah Hidayah dan juga Azrin yang merupakan pelanggan pada tahun 2013 yang lepas. Alhamdulillah, albumnya sudah disiapkan seperti dijadualkan. Saya masih sibuk untuk menyiapkan beberapa album pada tahun lepas.

Ketika sesi outdoor pasangan ini sebenarnya adalah musim hujan, jadi ada beberapa tempat yang terpaksa kami pergi untuk photoshoot. Hidayah inginkan outdoor di salah sebuah ladang gaharu di Ipoh yang mana memang tempat favourite ramai pengantin nak photoshoot kat situ, tak tahu la kenapa kan..mungkin nampak cantik dipandang.

Apa pun semoga pasangan ini bahagia hingga ke anak cucu hendaknya. Bagi mereka yang ingin buat tempahan bagi Fotografi Perkahwinan mereka yang akan datang, bolehlah ke ruangan Contact dan cuba hubungi saya untuk dapatkan sebutharga bagi majlis anda itu.

Ada beberapa orang yang sudah contact, tapi kebanyakannya adalah datang dari luar Ipoh, adalah dimaklumkan yang saya based di Ipoh, so ada caj luar Ipoh dikenakan kepada pengantin yang ingin menempah. Jika jaraknya dekat, saya tak berkira sangat, cuma jarak yang jauh lebih dari 30km tu, dan melalui tol, rasanya perlu saya caj kan..itupun tak mahal mana pun.:D

fotografi-perkahwinan-Ipoh

Continue reading