fotografi perkahwinan ipoh

Memori Perkahwinan Asnida & Alfian – Ipoh

Tiba pula update bagi pasangan bahagia iaitu Asnida dan Alfian yang telah diadakan di Ipoh. Sesi outdoor telah dibuat di Taman Dr. Ipoh, memang satu port yang sangat popular untuk melakukan sesi fotografi outdoor bagi pasangan pengantin di sekitar Ipoh.

Pada waktu ini adalah musim hujan di Ipoh, risau juga keadaan tidak mengizinkan kerana hujan lebat. Sesi photoshoot terpaksa diadakan dengan cepat dan alhamdulillah pasangan pengantin ini tidak ada masalah nak posing dengan bersahaja. Lihat sahaja gaya pasangan ini amat mesra sekali dan tidak berasa kekok untuk beraksi di hadapan kamera. Jadi sesi photoshoot sangatlah mudah untuk dilakukan.

fotografi perkahwinan ipoh Continue reading

Fotografi Perkahwinan Ipoh

Majlis Bertandang Zul & Asz

Sampai pula ke majlis bertandang bagi pasangan Asz dan Zul. Jika pada post sebelum ini merupakan gambar-gambar sekitar majlis akad nikah dan resepsi. Pasangan ini menempah untuk pakej untuk bertandang sekali.

Berapakah total keseluruhan pakej, bolehlah contact saya menerusi contact form ataupun melalui nombor telefon yang tertera. Digalakkan untuk Whatsapp sahaja supaya mudah untuk saya send pakej fotografi perkahwinan yang ada.

Dah tak rasa segan dah, pengantin rasa lebih yakin dan selesa apabila berposing depan kamera. Itu yang rasa paling best bagi seorang wedding photographer. Banyak shot shot menarik dapat ditangkap untuk kenangan mereka berdua.

Majlis bertandang yang diadakan pada 14 September 2014 di Taman Perpaduan, Ipoh ini amatlah bermakna bagi keluarga beliau seluruhnya. Semoga pasangan ini sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah serta kesejahteraan di dunia dan akhirat bersama.

Fotografi Perkahwinan Ipoh Continue reading

Pakej Fotografi Perkahwinan Perak

Memori Perkahwinan Asz & Zul

Meriah. Memang itulah sahaja ungkapan yang boleh diucapkan oleh saya sepanjang saya menghadiri majlis perkahwinan mereka. Bermula sejak akad nikah, sehinggalah ke majlis bertandang untuk majlis mereka.

Senda gurau pengantin, dan juga keramahan keluarga kedua belah pihak membuatkan saya berasa senang hati untuk berada bersama mereka merakam detik-detik bahagian pasangan Asz dan Zul yang berlangsung di Ipoh pada 12 dan 13 September 2014 yang lalu.

Album mereka telah pun selamat dihantar dan alhamdulillah mereka berpuas hati dengan hasil kerja Fotocinta. Diharapkan dapatlah mempromosikan Fotocinta pada kawan-kawan yang lain juga ye? 😀

Apa kata kita lihat sejenak keseluruhan album mereka. Ini merupakan layout custom album yang telah dipilih oleh pasangan ini. Senyuman dan kemesraan mereka jelas terukir semasa hari bahagia mereka berdua.Majlis Perkahwinan Asz dan Zul

Continue reading