HDR Pasar Loken Atau Memory Lane, Ipoh

Pada 19 Februari yang lalu, aku berkesempatan ambil gambar di Pasar Loken atau Memory Lane Ipoh yang mana tempat ini amat femes dikalangan mereka yang nak cari barang-barang yang ‘rare’ atau lusuh..tu sebabnya kat sini juga dikenali sebagai Pasar Karat, tapi selalu depa panggil pasar Loken je. 

Hanya dibuka pada hari Ahad dari jam 7.30 pagi hingga waktu tengah hari sahaja..so jom enjoy..

Tasek, Ipoh HDR Version

Foto ini ditangkap dan telah diedit untuk mendapatkan HDR dengan menggunakan single image sahaja. Cuaca pada waktu petang selepas hujan tu membuatkan saya rasa sesuatu apabila melintasi flyover tu selepas balik dari kerja. Kebetulan pada masa tersebut cahaya matahari masa tu sedang merah kekuningan..

Memang masa tu fikiran ingat kamera dirumah je masa tu..kelam kabut tukar baju semua dan terus gerak ke sana..sempat gak ajak kawan-kawan yang lain..nampaknya tiada yang berminat..so apa lagi..terus gerak, tetapi nasib tak menyebelahi saya nampaknya..sebuah kereta bergerak amat slow dan ada lori pula kt belakangnya….so terpaksa slow..nak potong masa tu orang sibuk balik kerja..so..inilah hasilnya..walaupun tak seberapa…tapi saya rasa puas hati..:D

Berikut merupakan gambar sebelum dan selepas bagi gambar ini ye..cuba lihat apa yang berbeza..:D

Sunset Somewhere Near Pantai Acheh

Pada 11 Februari yang lalu saya berkesempatan shoot sunset yang mana saya teringin sekali untuk shoot sunset di tempat lain yang belum pernah dirasai sebelum ini. Sementelahan saya ke kenduri di Taiping, saya pun lajak terus ke Pulau Pinang untuk mencari spot menarik di sana.

Ada yang kata di Batu Feringgi tempat best..tapi apabila saya tanya orang di sana, katanya di Pantai Acheh ada tempat best untuk sunset. So terus je gerak dan terjumpa spot ini terlebih dahulu dan terus berhenti. Sebaik saja lepas shoot di sini, rupanya ada jalan masuk ke Pantai Acheh tu yang saya lambat kenalpasti..so memang agak melepas la nampaknya. Sape ada pengalaman shoot kat Pantai Acheh, jom kontek, sebab nanti nak pegi lagi ke tempat tu…:D

Ok, ini the best 3 pictures for sunset yang sempat saya capture..sebenarnya ada banyak…ini first time saya tengok sunset yang dicapture, bentuk bintang..maklumlah..newbie lagi..mungkin ada banyak cara lain lagi untuk menangkap gambar sunset selain berbentuk seperti ini. Nantikan gambar-gambar lain juga..:D