Outing Retro 2

Jika pada Outing yang lepas, merupakan Outing Retro Vintage..kali ini juga merupakan tema yang sama dan dianjurkan oleh pihak yang sama. Kali ni agak bernasib baik disebabkan ada juga talent lelaki yang sudi untuk menjadi model pada hari berkenaan.

Outing ini diadakan di Jalan Tun Sambanthan, Ipoh pada 22 April 2012 yang lalu di mana dihadiri oleh lebih dari 20 orang photographer dari Ipoh dan sekitarnya. Temanya adalah Retro.Jom kita lihat antara gambar yang berjaya di snap pada hari berkenaan.

Sunset Somewhere Near Pantai Acheh

Pada 11 Februari yang lalu saya berkesempatan shoot sunset yang mana saya teringin sekali untuk shoot sunset di tempat lain yang belum pernah dirasai sebelum ini. Sementelahan saya ke kenduri di Taiping, saya pun lajak terus ke Pulau Pinang untuk mencari spot menarik di sana.

Ada yang kata di Batu Feringgi tempat best..tapi apabila saya tanya orang di sana, katanya di Pantai Acheh ada tempat best untuk sunset. So terus je gerak dan terjumpa spot ini terlebih dahulu dan terus berhenti. Sebaik saja lepas shoot di sini, rupanya ada jalan masuk ke Pantai Acheh tu yang saya lambat kenalpasti..so memang agak melepas la nampaknya. Sape ada pengalaman shoot kat Pantai Acheh, jom kontek, sebab nanti nak pegi lagi ke tempat tu…:D

Ok, ini the best 3 pictures for sunset yang sempat saya capture..sebenarnya ada banyak…ini first time saya tengok sunset yang dicapture, bentuk bintang..maklumlah..newbie lagi..mungkin ada banyak cara lain lagi untuk menangkap gambar sunset selain berbentuk seperti ini. Nantikan gambar-gambar lain juga..:D

Outing Gempaq 2011 – Taman Botani

Pada 24 Julai 2011 yang lalu rakan-rakan photographer saya telah buat satu outing beramai-ramai yang disertai ramai photographer dari sekita Perak untuk turut serta dalam acara yang rasanya agak besar. Saya juga tak ketinggalan untuk menyertai acara ini yang mana semua photographer berpeluang untuk mengambil gambar talent-talent yang telah dikenal pasti dengan tema mereka pada hari itu adalah mengenakan pakaian Kebaya.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, kami berkumpul dan sesi pun dimulakan mengikut group-group tertentu…Jom lihat antara beberapa hasilnya..:D