fotografi perkahwinan Ipoh

Outing Gunung Lang Bersama Ipoh Photographer & Talent

Pada 8 September yang lepas, aku berkesempatan untuk join Outing anjuran Group Ipoh Photographer & Talent ni. Dah agak lama rasanya tak shoot talent yang ada di Ipoh..banyak sebenarnya..Tak tahu pula yang pagi tu, depa ada shoot juga bersama Nikon Club Malaysia yang mana banyak acara menarik yang aku tak tahu selama ni ada. Rugi betul la rasanya..Adeh..

So skang ni aku dah register..lepas ni boleh la join semua aktiviti Nikon Club ni..yes..

Ok lah..jom tengok hasilnya..tak banyak sangat aku edit..cuma ini je yang sempat..maklumlah..kebelakangan ini agak bizi nampaknya dengan banyak plak tugas dan juga tak lupa rumah terbuka sana sini..kan?

fotografi perkahwinan Ipoh

Facebook

fotografi perkahwinan Ipoh

fotografi perkahwinan Ipoh

Talent ni ada dua orang iaitu Sue dan juga Putri. First time juga shoot depa bedua ni..walaupun depa ni sebenarnya dah agak lama juga jadi talent untuk photographer ni…cuma aku je jarang join outing-outing yang ada..:D

Kepada mereka yang mencari photographer di sekitar Ipoh, boleh tengok Pakej yang ada kalau berminat untuk saya tolong anda abadikan memori perkahwinan anda menjadi sesuatu yang indah..:D

Outing Pra Raya Anjuran Ipoh Photographer & Talent 2012

Pagi tadi aku sempat untuk join satu outing yang bertemakan Hari Raya 2012 yang mana mungkin kebanyakan photographer akan cuti panjang sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Event dijangkakan dimulakan pada pukul 8 lebih, tapi biasanya outing memang jarang sekali aku tgk mula tepat masanya..:D

Ok, ini disajikan kat korang beberapa gambar hasil dari Outing berkenaan ye. Telah berjaya menuntut sedikit ilmu dari beberapa sifu-sifu di Perak ini dan berjaya juga mendapatkan gambar yang diinginkan, walau menggunakan peralatan yang agak terhad..Jom tengok..:D

 fotografi hari raya

gambar foto raya

Outing Pra Raya 2012
Outing Pra Raya 2012

Terima kasih diucapkan kepada Ipoh Photographer & Talent kerana sudi menganjurkan Outing Pra Raya kali ni kerana memang best dan lengkap dengan makan dan minum lagi..waah..first time rasanya ada pihak penganjur siap sediakan makan minum dan juga cabutan bertuah..:D

Outing Retro 2

Jika pada Outing yang lepas, merupakan Outing Retro Vintage..kali ini juga merupakan tema yang sama dan dianjurkan oleh pihak yang sama. Kali ni agak bernasib baik disebabkan ada juga talent lelaki yang sudi untuk menjadi model pada hari berkenaan.

Outing ini diadakan di Jalan Tun Sambanthan, Ipoh pada 22 April 2012 yang lalu di mana dihadiri oleh lebih dari 20 orang photographer dari Ipoh dan sekitarnya. Temanya adalah Retro.Jom kita lihat antara gambar yang berjaya di snap pada hari berkenaan.