fotografi perkahwinan ipoh

Memori Perkahwinan Asnida & Alfian – Ipoh

Tiba pula update bagi pasangan bahagia iaitu Asnida dan Alfian yang telah diadakan di Ipoh. Sesi outdoor telah dibuat di Taman Dr. Ipoh, memang satu port yang sangat popular untuk melakukan sesi fotografi outdoor bagi pasangan pengantin di sekitar Ipoh.

Pada waktu ini adalah musim hujan di Ipoh, risau juga keadaan tidak mengizinkan kerana hujan lebat. Sesi photoshoot terpaksa diadakan dengan cepat dan alhamdulillah pasangan pengantin ini tidak ada masalah nak posing dengan bersahaja. Lihat sahaja gaya pasangan ini amat mesra sekali dan tidak berasa kekok untuk beraksi di hadapan kamera. Jadi sesi photoshoot sangatlah mudah untuk dilakukan.

fotografi perkahwinan ipoh Continue reading

Fotografi Perkahwinan Taiping

Majlis Resepsi : Zue’eina & Nawi

Memang agak lama juga tak update blog Fotocinta ini. Sibuk dengan editing dan juga kerja hakiki seharian. Apa pun saya akan cuba juga update untuk tatapan mereka yang ingin mendapatkan jurugambar perkahwinan mereka yang berpatutan di sekitar Ipoh ataupun di seluruh negeri Perak mahupun di seluruh Malaysia.

Majlis pasangan kali ini diadakan di Batu Kurau, Perak. Memang agak jauh daripada Ipoh, tetapi tetap sampai untuk mendapatkan shot-shot terbaik. Lokasi outdoor mereka memilih untuk shoot di Taman Tasik Taiping yang memang terkenal dengan lokasi yang sangat cantik untuk gambar-gambar perkahwinan. Memang tak dinafikan ramai jurugambar perkahwinan Melayu ataupun bangsa lain memang selalu buat photoshoot outdoor di Taman Tasik Taiping ini.

Pasangan kali ini adalah Zue’eina dan juga Nawi. Walaupun sebelum ke outdoor ni, tayar kereta saya pancit, tapi nasib baik la juga kedai tayar buka pada hari tersebut. Risau juga kalau tak dapat nak habiskan photoshoot outdoor mereka ini.

Alhamdulillah, album pun telah selamat diberikan kepada mereka dan mereka berpuas hati dengan kualiti yang diberikan. Kalau nak tengok contoh album, boleh rujuk page Contoh Album dan lihat sendiri album jenis bagaimana yang anda akan dapat nanti. Lain photographer, lain produknya, jadi terpulang kepada anda untuk memilih mana yang berkenan di hati.

Orait, jom kita tengok beberapa gambar eksklusif mereka sewaktu outdoor di Taman Tasik Taiping.
Fotografi Perkahwinan 2016

Continue reading

pakej fotografi perkahwinan,fotografi perkahwinan ipoh

Majlis Perkahwinan Zamrizal & Sabrina

Agak sibuk kebelakangan ini dengan persiapan Hari Raya sampaikan terlupa nak update tentang satu lagi wedding. Majlis Perkahwinan kali ini adalah untuk pasangan Zamrizal dan Sabrina yang kalau tak silap, kedua-duanya bekerja di KLIA. Majlis mereka telah diadakan dengan meriahnya di Kg Dato’ Ahmad Said, Ipoh dan segalanya berjalan dengan lancar walau pada mulanya ada sedikit gangguan bekalan elektrik pada pagi majlis itu.

Walaupun begitu, majlis telah sempurna dan kedua mempelai diharapkan bahagia hingga ke anak cucu hendaknya. Album untuk pasangan ini sedang disiapkan. Insyallah lepas Hari Raya nanti akan diupload dan dihantar kepada mereka berdua.

Jom kita lihat beberapa contoh gambar yang sempat diedit untuk tatapan bakal pengantin yang ada jika ada yang berminat dengan Fotocinta. Harga promosi telah tamat, dan mulai 1 Ogos ini, pakej baru akan digunakan.

Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Promosi pakej Perkahwinan 2013

Promosi pakej Perkahwinan 2013

Pakej Fotografi Perkahwinan Teluk Intan

Fotografi Perkahwinan Ipoh

Fotografi Perkahwinan Ipoh

Pakej Fotografi Perkahwinan Taiping

Promosi Fotografi PerkahwinanJika ada yang berminat untuk tempahan Pakej Fotografi Perkahwinan bagi majlis anda, jangan segan silu untuk Contact kami dan berikan sahaja detail seperti berikut:

1.Tarikh Majlis
2.Tempat Majlis

Saya akan berikan pakejnya kepada anda terus kepada alamat email anda. Pastikan anda mengisi alamat email yang betul. Cara lain boleh SMS/Whatsapp sahaja sebab mungkin saya akan jarang angkat call bagi nombor yang tidak dikenali. 😀