pakej-fotografi-perkahwinan-kuala-kangsar

Memori Perkahwinan Hanaffe & Norizan – Kuala Kangsar

Update untuk kali ini pula adalah bagi pasangan Hanaffe dan juga Norizan yang berada di Kuala Kangsar. Maaf memang agak lama juga membiarkan website ini tak update dengan gambar-gambar terbaru.

Sama juga macam kat Instagram saya tu, jarang update. Sekali update banyak sekali gambar akan keluar. Ikut rajin la kan.

Ok bagi pasangan ini diucapkan terima kasih sama sekali. Album memang dah lama deliver kepada mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Diharapkan berpuas hati dengan kualiti servis fotografi perkahwinan yang diberikan kepada mereka berdua.

Jom tengok beberapa gambar menarik yang sempat dirakamkan sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung, daripada akad nikah sehinggalah sesi fotografi outdoor di Kuala Kangsar.

pakej-fotografi-perkahwinan-kuala-kangsar Continue reading

fotografi perkahwinan taiping

Memori Perkahwinan Reena & Zaid

Fuh, 3 bulan juga blog ni tak berupdate dengan gambar-gambar wedding ye? Maklumlah sibuk dengan editing gambar wedding dan juga kerjakan blog-blog yang lain tu. Ini baru ada masa nak upload dan update blog ini. Wedding 2015 pun tak abis lagi, ini pun dah nak abis tahun 2016 dah kan?

Sedar tak sedar fotografi perkahwinan antara Reena dan Zaid ini telah pun hampir setahun lamanya. Tetapi baru je saya nak upload kat web ini. Tapi album semua dah selamat diserahkan. Alhamdulillah, mereka baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka baru-baru ini

Tanpa membuang masa, jom kita tengok gambar-gambar yang telah saya hasilkan untuk mereka abadikan memori perkahwinan mereka berdua dalam satu album perkahwinan.

fotografi perkahwinan taiping Continue reading

Memori Perkahwinan Akma & Abdullah

Pengantin kali ini adalah pasangan Akma dan Abdullah yang berlangsung di Batu Gajah, tak berapa jauh la dari Ipoh. Alhamdulillah, album dan frame telah selamat diberikan kepada pasangan ini pada masa yang ditetapkan. Outdoor pasangan pengantin ini bertempat di Taman Botani, Ipoh.

Sepanjang photoshoot pasangan pengantin ini, rasa seronok dan tak kekok sangat nak shoot sebabnya ada kawan-kawan pengantin yang sangat sporting dan juga pengantin tidak kekok untuk pose walaupun memang pada mulanya kekok sedikit, tapi kalau dah biasa, takde masalah lagi.

Jom kita lihat antara gambar-gambar yang telah diambil untuk pasangan ini.
Fotografi Perkahwinan 2016

Continue reading