fotografi perkahwinan ipoh

Memori Perkahwinan Asnida & Alfian – Ipoh

Tiba pula update bagi pasangan bahagia iaitu Asnida dan Alfian yang telah diadakan di Ipoh. Sesi outdoor telah dibuat di Taman Dr. Ipoh, memang satu port yang sangat popular untuk melakukan sesi fotografi outdoor bagi pasangan pengantin di sekitar Ipoh.

Pada waktu ini adalah musim hujan di Ipoh, risau juga keadaan tidak mengizinkan kerana hujan lebat. Sesi photoshoot terpaksa diadakan dengan cepat dan alhamdulillah pasangan pengantin ini tidak ada masalah nak posing dengan bersahaja. Lihat sahaja gaya pasangan ini amat mesra sekali dan tidak berasa kekok untuk beraksi di hadapan kamera. Jadi sesi photoshoot sangatlah mudah untuk dilakukan.

fotografi perkahwinan ipoh Continue reading

pakej fotografi perkahwinan kuala kangsar

Memori Perkahwinan Amar & Atiqah

Sudah agak lama saya tak update blog ini disebabkan kesibukan untuk menyiapkan album-album customer, saya cuba juga untuk update beberapa pasangan pengantin pada kali ini. Kali ini kita lihat contoh gambar bagi pasangan Amar dan Atiqah yang diadakan di Kuala Kangsar, Bandar DiRaja.

Alhamdulillah, semua album dan pakej fotografi perkahwinan yang telah ditempah, telah pun selamat dihantar dalam masa yang ditetapkan. Cuma cuaca pada masa sesi fotografi ini diadakan adalah amat panas sekali. Pukul 6 petang pun keadaan masih lagi terik dan agak sukar untuk mendapatkan gambar yang agak baik dari segi warna.

fotografi perkahwinan kuala kangsar Continue reading