Outing Pra Raya Anjuran Ipoh Photographer & Talent 2012

Pagi tadi aku sempat untuk join satu outing yang bertemakan Hari Raya 2012 yang mana mungkin kebanyakan photographer akan cuti panjang sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Event dijangkakan dimulakan pada pukul 8 lebih, tapi biasanya outing memang jarang sekali aku tgk mula tepat masanya..:D

Ok, ini disajikan kat korang beberapa gambar hasil dari Outing berkenaan ye. Telah berjaya menuntut sedikit ilmu dari beberapa sifu-sifu di Perak ini dan berjaya juga mendapatkan gambar yang diinginkan, walau menggunakan peralatan yang agak terhad..Jom tengok..:D

 fotografi hari raya

gambar foto raya

Outing Pra Raya 2012
Outing Pra Raya 2012

Terima kasih diucapkan kepada Ipoh Photographer & Talent kerana sudi menganjurkan Outing Pra Raya kali ni kerana memang best dan lengkap dengan makan dan minum lagi..waah..first time rasanya ada pihak penganjur siap sediakan makan minum dan juga cabutan bertuah..:D

Gathering Blogger Perak Di Teluk Batik

Gathering Blogger Perak telah berlangsung dengan jayanya di Teluk Batik pada 4 Jun yang lalu dimana lebih kurang 20 peserta hadir di gathering tersebut. Saya selaku ahli di dalam group tersebut berbesar hati menyumbangkan beberapa keping foto untuk tatapan dan kenangan mereka.

 

 

 

 

Jika ada sesiapa yang ingin mendapatkan jurugambar bagi event-event mereka, jangan segan silu untuk contact saya dan harga yang berpatutan akan diberikan.

Custom Album Pertama

Ini merupakan first job saya yang mana ianya adalah first custom album saya untuk first client saya. Mungkin ada sedikit kekurangan dari segi design dan juga editing, tapi improvement akan dibuat untuk next job supaya ia dijadikan sesuatu yang memorable untuk pengantin, mahupun bakal pengantin di luar sana.

Jika ingin mendapatkan quotation bagi wedding, pre wedding, bertunang dan event seumpamanya, jangan segan silu ye untuk pergi ke ruangan contact.