Perkahwinan Liza & Naim – Teluk Intan

Pasangan seterusnya yang telah menjadi client saya ialah pasangan Liza dan Naim. Majlis akad nikah telah diadakan di Teluk Intan selepas solat maghrib. Walaupun serba sederhana, memang cukup meriah sekali apabila majlis perkahwinan dihadiri oleh ramai sanak saudara dan tak lupa juga gelagat si kecil yang biasa cukup suka dengan kamera. Pelbagai kaletah anak kecil ini dapat dilihat, ada yang takut, dan ada juga yang sentiasa minat untuk menangkap gambar. Macam ada sorang adik dalam gambar di bawah, memang cute sekali gelagatnya dihadapan kamera bukan?

Semoga pasangan Liza dan Naim berbahagia hendaknya dan semoga dikurniakan cahaya mata yang comel-comel belaka supaya menjadi penghias rumah tangga yang bahagia.
pakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanpakej-fotografi-perkahwinan-teluk-intanOutdoor bagi majlis perkahwinan pasangan Liza dan Naim ini telah diadakan di beberapa tempat dan Liza mahukan mercu tanda Teluk Intan iaitu menara condong Teluk Intan dalam gambar weddingnya. Memang agak susah sebenarnya nak tangkap disebabkan pada masa ini cuaca sangat terik dan angin yang kuat.

Tambahan pula orang disekitar pada masa tu agak ramai juga, agak sukar hendak mendapatkan shot yang saya inginkan bagi kedua pasangan ini. Walaupun sukar, dapat juga saya snap satu moment yang menarik bersama pasangan pengantin dan Menara Condong Teluk Intan.