fotografi perkahwinan manjung

Memori Perkahwinan Mai & Adib – Manjung

Kali ini merupakan album bagi pasangan Mai dan Adib. Masih lagi dalam musim panas. Memang terasa bahangnya kerana majlis diadakan di Manjung, dekat pula dengan laut, jadi memang terasa sangat bahangnya pada ketika itu walaupun hujan turun sekejap-sekejap.

Walaupun begitu, majlis dapat diadakan dengan lancar dan album pasangan ini pun telah selamat dihantar dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Memang indah sebenarnya kawasan di sekitar jeti dan berlatar belakangkan kapal perang TLDM pada masa tu. Cuma saya tak berpeluang nak shoot outdoor di atas kapal, mungkin kos nak naik tu pun agak tinggi, cuaca pula sangatlah panas, jadi kami membuat keputusan shoot sahaja di sekitar jeti pada masa itu.

fotografi perkahwinan manjung Continue reading

pakej fotografi perkahwinan kuala kangsar

Memori Perkahwinan Amar & Atiqah

Sudah agak lama saya tak update blog ini disebabkan kesibukan untuk menyiapkan album-album customer, saya cuba juga untuk update beberapa pasangan pengantin pada kali ini. Kali ini kita lihat contoh gambar bagi pasangan Amar dan Atiqah yang diadakan di Kuala Kangsar, Bandar DiRaja.

Alhamdulillah, semua album dan pakej fotografi perkahwinan yang telah ditempah, telah pun selamat dihantar dalam masa yang ditetapkan. Cuma cuaca pada masa sesi fotografi ini diadakan adalah amat panas sekali. Pukul 6 petang pun keadaan masih lagi terik dan agak sukar untuk mendapatkan gambar yang agak baik dari segi warna.

fotografi perkahwinan kuala kangsar Continue reading

Memori Perkahwinan Akma & Abdullah

Pengantin kali ini adalah pasangan Akma dan Abdullah yang berlangsung di Batu Gajah, tak berapa jauh la dari Ipoh. Alhamdulillah, album dan frame telah selamat diberikan kepada pasangan ini pada masa yang ditetapkan. Outdoor pasangan pengantin ini bertempat di Taman Botani, Ipoh.

Sepanjang photoshoot pasangan pengantin ini, rasa seronok dan tak kekok sangat nak shoot sebabnya ada kawan-kawan pengantin yang sangat sporting dan juga pengantin tidak kekok untuk pose walaupun memang pada mulanya kekok sedikit, tapi kalau dah biasa, takde masalah lagi.

Jom kita lihat antara gambar-gambar yang telah diambil untuk pasangan ini.
Fotografi Perkahwinan 2016

Continue reading