Custom Album Majlis Perkahwinan Sirul & Nida

Majlis Perkahwinan Sirul dan Nida telah diadakan pada 28 & 29 April. Berlaku sedikit kelewatan yang telah diberitahu kepada kedua mempelai yang mana berikut pada awal bulan Mei tersebut saya amat sibuk dengan urusan perkahwinan saya yang kebetulan pada bulan hadapannya. Jadi saya minta untuk submit pada ada bulan Julai.

Berikutan terdapat sedikit masalah teknikal terhadap Custom Album mereka, jadi terpaksa dibuat semula oleh kedai berkenaan, cuma lewat dalam sehari dua je dari tarikh submission..:D

Baiklah, untuk kesemua Pakej Fotografi Perkahwinan di Fotocinta.com ni, semua pelanggan berpeluang untuk mendapatkan T-Shirt Eksklusif Fotocinta yang mana pada mulanya dijual kepada umum…dan sekarang ianya hanya kepada pelanggan Pakej Fotografi kami sahaja. Buktinya korang boleh tengok sendiri dalam gambar-gambar yang sempat diambil sebelum submission dibuat.

So apa tunggu lagi kan? Cuba contact kami mana tau kami boleh dapatkan harga pakej fotografi paling best untuk korang..Tak kira la sape yang nak kawen…korang ke, kawan-kawan ke..boleh la rekemenkan..Bergaya dengan baju yang cantik tu ye..:D

Custom Album Pertama

Ini merupakan first job saya yang mana ianya adalah first custom album saya untuk first client saya. Mungkin ada sedikit kekurangan dari segi design dan juga editing, tapi improvement akan dibuat untuk next job supaya ia dijadikan sesuatu yang memorable untuk pengantin, mahupun bakal pengantin di luar sana.

Jika ingin mendapatkan quotation bagi wedding, pre wedding, bertunang dan event seumpamanya, jangan segan silu ye untuk pergi ke ruangan contact.