pakej fotografi perkahwinan kuala kangsar

Memori Perkahwinan Amar & Atiqah

Sudah agak lama saya tak update blog ini disebabkan kesibukan untuk menyiapkan album-album customer, saya cuba juga untuk update beberapa pasangan pengantin pada kali ini. Kali ini kita lihat contoh gambar bagi pasangan Amar dan Atiqah yang diadakan di Kuala Kangsar, Bandar DiRaja.

Alhamdulillah, semua album dan pakej fotografi perkahwinan yang telah ditempah, telah pun selamat dihantar dalam masa yang ditetapkan. Cuma cuaca pada masa sesi fotografi ini diadakan adalah amat panas sekali. Pukul 6 petang pun keadaan masih lagi terik dan agak sukar untuk mendapatkan gambar yang agak baik dari segi warna.

fotografi perkahwinan kuala kangsar

pakej fotografi perkahwinan 2016

pakej fotografi perkahwinan gerik

pakej fotografi perkahwinan kuala kangsar

Ada banyak faktor sebenarnya membuatkan gambar perkahwinan anda menjadi lebih cantik. Bukan hanya pada jurugambar perkahwinan itu sahaja. Lokasi outdoor, siapa yang tidak tahu dengan lokasi popular di Kuala Kangsar iaitu di kawasan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Jadi bagi mereka yang ingin mendapatkan servis fotografi perkahwinan yang berpatutan, boleh hubungi saya melalui contact form di atas dan klik pada Contoh Album jika ingin melihat contoh album dan saiz yang berkenan di hati.