Fotografi Perkahwinan Taiping

Majlis Resepsi : Zue’eina & Nawi

Memang agak lama juga tak update blog Fotocinta ini. Sibuk dengan editing dan juga kerja hakiki seharian. Apa pun saya akan cuba juga update untuk tatapan mereka yang ingin mendapatkan jurugambar perkahwinan mereka yang berpatutan di sekitar Ipoh ataupun di seluruh negeri Perak mahupun di seluruh Malaysia.

Majlis pasangan kali ini diadakan di Batu Kurau, Perak. Memang agak jauh daripada Ipoh, tetapi tetap sampai untuk mendapatkan shot-shot terbaik. Lokasi outdoor mereka memilih untuk shoot di Taman Tasik Taiping yang memang terkenal dengan lokasi yang sangat cantik untuk gambar-gambar perkahwinan. Memang tak dinafikan ramai jurugambar perkahwinan Melayu ataupun bangsa lain memang selalu buat photoshoot outdoor di Taman Tasik Taiping ini.

Pasangan kali ini adalah Zue’eina dan juga Nawi. Walaupun sebelum ke outdoor ni, tayar kereta saya pancit, tapi nasib baik la juga kedai tayar buka pada hari tersebut. Risau juga kalau tak dapat nak habiskan photoshoot outdoor mereka ini.

Alhamdulillah, album pun telah selamat diberikan kepada mereka dan mereka berpuas hati dengan kualiti yang diberikan. Kalau nak tengok contoh album, boleh rujuk page Contoh Album dan lihat sendiri album jenis bagaimana yang anda akan dapat nanti. Lain photographer, lain produknya, jadi terpulang kepada anda untuk memilih mana yang berkenan di hati.

Orait, jom kita tengok beberapa gambar eksklusif mereka sewaktu outdoor di Taman Tasik Taiping.
Fotografi Perkahwinan 2016

Fotografi Perkahwinan Perak

Fotografi Perkahwinan Taiping

Pakej Fotografi Perkahwinan 2016

Pakej Fotografi Perkahwinan

Bagi mereka yang minat nak mendapatkan jurugambar perkahwinan mereka untuk tahun 2016 ini, bolehlah Contact saya melalui nombor telefon yang diberikan di ruangan Contact ataupun isikan sahaja form tersebut dan saya akan membalas mesej dengan kadar yang segera. Pastikan segala maklumat telah diberikan sebagai rujukan, seperti Tarikh dan juga Lokasi majlis supaya mudah untuk saya berikan pakej-pakej yang sesuai.

Rujuk dahulu tarikh yang masih kosong..kalau takde, sori, memang anda kena cari photographer yang lain…:D