Pakej Fotografi Perkahwinan Perak

Majlis Perkahwinan Ayu & Azlan

Majlis kali ini merupakan bagi pasangan Ayu dan Azlan yang berlangsung di Kuala Kangsar dan juga di Teluk Batik. Pasangan ini telah menempah pakej untuk bertandang sekali iaitu untuk kedua-dua belah pihak. Photoshoot berlangsung dengan baik, tetapi pada masa ini cuaca memang amat panas. Tambahan pula berdekatan dengan laut dan sinar mentari laut memang membuatkan rasa kepanasan tu bertambah.

Alhamdulillah, album bagi kedua-dua majlis berkenaan telah pun selamat dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Setakat ini tiada lagi masalah untuk menghantar album berkenaan disebabkan ianya dibalut dengan baik sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua pelanggan yang menempah Pakej Fotografi Perkahwinan bersama Fotocinta untuk tahun 2014 ini.

Berikut merupakan gambar-gambar yang saya kongsikan untuk kedua-dua pasangan ini

Pakej Fotografi Perkahwinan Perak
Pakej Fotografi Perkahwinan Perak
Pakej Fotografi Perkahwinan Perak
Pakej Fotografi Perkahwinan Perak
Pakej Fotografi Perkahwinan Perak
Pakej Fotografi Perkahwinan Perak

Pasangan Ayu dan Azlan telah memilih pekan Kuala Kangsar sebagai tempat outdoor photoshoot. Sesungguhnya Bandar Diraja ini sungguh unik dengan bangunan yang sungguh menarik untuk photoshoot bagi fotografi perkahwinan. Selain itu, kami juga melakukan penggambaran di Victoria Bridge, Karai, lebih kurang 20 minit perjalanan dari pekan Kuala Kangsar. Memang agak mencabar juga disebabkan jika tersilap langkah, buruk padahnya.

Bagi mereka yang ingin menempah awal bagi fotografi perkahwinan mereka pada tahun 2014, masih lagi banyak tarikh untuk anda booking dengan kadar yang segera. Mungkin tak lama lagi, harga pakej perkahwinan akan mula diubah bagi membolehkan pakej tahun 2015 dimulakan..:D

Untuk semakan, anda boleh lihat di page Contact dan bolehlah mengisikan borang yang disediakan untuk pertanyaan. Insyallah dalam masa 24 jam saya akan memberikan maklum balas. Pastikan email dan maklumat yang diberikan adalah jelas supaya mudah untuk saya memberikan pakej – pakej yang sesuai bagi Fotografi Perkahwinan anda itu.