Fotografi Perkahwinan Melayu

Memori Perkahwinan Kamarul & Huda

Pengantin seterusnya adalah pasangan Kamarul & Huda yang mana Huda merupakan salah seorang rakan semasa sekolah dulu dan alhamdulillah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Kamarul. Majlis berlangsung di Ipoh iaitu di Dewan Carsem, di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh yang mana berlangsung dengan gilang gemilangnya.

Pertama kali juga saya berpeluang untuk buat sesi photoshoot outdoor di dalam Mahkamah Tinggi Ipoh. Memang satu pengalaman yang payah nak dapat. Jadi peluang yang sekali sahaja ini saya manfaatkan dengan mengabadikan foto-foto perkahwinan mereka di dalam mahkamah disebabkan kedua-duanya memang bekerja di dalam mahkamah.

Jom kita lihat gambar-gambarnya. Untuk pengetahuan, bilik ni memang amat panas dan untuk pose kan pengantin dan juga setting lighting pada masa ini amat mencabar. Ditambah pula pada masa ini cuaca panas..memang berpeluh dibuatnya nak shoot pengantin. Berapa kali juga rehat untuk menghilangkan panas.

Fotografi Perkahwinan Melayu

Fotografi Perkahwinan Perak

Fotografi-Perkahwinan

Ipoh Wedding Photography

Pakej Fotografi Perkahwinan Melayu

Pakej Fotografi Perkahwinan

Bagi pasangan yang masih mencari wedding photographer bagi majlis anda, sila rujuk ruangan Contact untuk semak tarikh yang masih available. Pakej bermula dari RM1200 sahaja bagi kawasan Ipoh dan jika di luar kawasan, ada kos tambahan yang akan dikenakan.

Sila berikan maklumat iaitu tarikh dan juga lokasi majlis anda. Kalau anda rasakan pakej adalah mahal, silalah cari photographer yang lain sebelum membuat tempahan. 😀