Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Majlis Perkahwinan Al-Hafizh & Balqis – Lenggong

Pada 26 Oktober yang lalu iaitu pada Hari Raya Aidiladha yang lalu, telah selamatnya kedua pasangan ini diijabkabulkan selepas solat Maghrib. Maka pada 27 Oktober berlangsungnya majlis mereka yang gilang gemilang ini.

Majlis diadakan di Kampung Temelong, Lenggong, Perak yang mana cuaca pada masa ini sebenarnya panas terik dan kebetulan tiada hujan pada masa majlis itu berlangsung. Semuanya dapat berjalan dengan lancar. Alhamdulillah kedua pasangan ini amat sporting rupanya dan semua aktiviti penggambaran dapat dilakukan tanpa sebarang masalah. Cuma mungkin cuaca yang agak panas agak meletihkan.

Apa pun, mari kita lihat, teaser bagi album mereka nanti. Insyallah dalam album mereka nanti saya akan cuba gabungkan elemen warna dan juga tone yang mana lebih sesuai. Cuma berikan dua je dulu untuk kasi panas….hehehe..

Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Pakej Fotografi Perkahwinan Ipoh

Apa pun, bagi mereka yang dah nak kahwin atau merancang nak kahwin tu, elok la pegi tengok Pakej Fotografi Perkahwinan yang ada tu dan download sahaja di page berkenaan. Pilih mana yang berkenaan di hati.

2 thoughts on “Majlis Perkahwinan Al-Hafizh & Balqis – Lenggong

Comments are closed.